Sunday 9 September 2012


In The Name Allah The Most Gracious And Most Merciful

Cemburu benar hati,
Mendengar perkhabaran gembira,
Binaan rumah tangga.

Syukur, Alhamdulillah,
Allah telah permudahkan urusan mereka.

Mungkin giliranku,
Masih belum tiba,
Kerana Allah tahu,
Aku belum sesuai untuk itu.

Banyak perluku perbaiki

Sabarkan hati ini,
Teguhkan iman ini,
Terkadang aku rindu,
Pada seseorang yang ku tidak tahu.

Izinkan aku berteman,
Seseorang yang halal bagiku.

Jika belum waktunya,
Aku mohon,
Kau perkukuhkan imanku,
Agar tidak mencari,
Yang mengundang murkaMu.

Ya Allah,
Jangan biar hati ini mencemburui,
Sebalik Ya Rahiim,
Campakkan kesungguhan padaku,
Untuk mencintaiMu.

Biar aku menikmati,
Benar saat berdua-duaan denganMu.

Jika takdirnya tiada jodoh buatku di dunia,
Cukuplah Engkau,
Menjadi cintaku selamanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...