Thursday 31 March 2011

rOaD to CaMbOdiA :)

pengalaman pengembaraan saya ke Tanah Besar Kemboja...R2K nama programnye iaitu ROAD to KEMBOJA. 
Sebenarnye saye bagi nama 'LASKAR PELANGI' utk post ni adalah sempena kanak-kanak di Kemboja.Nak tau kenapa..teruskanlah membaca....^_^
Program ni terbuka kpd peserta MH-i.Tiada paksaan..so ape lagi saye joinlah..maklumlah secara jujurnye kali pertama nak naik kapal terbang, sape tak nak..hehehe.. Kami menaiki kapal terbang AK272. Yang kelakarnye sebelum naik kapal terbang kami bergegas ke surau utk solat subuh sbb waktu subuh dah masuk..tiba-tiba pesawat yg akan kami naik dipanggil...ape lagi habis je solat kami semua berlari tanpa rasa malu..org ramai di lapangan terbang tu dpt lihat anak-anak muda melayu berlari-lari anak...hahaha takut kene tinggal. melepaslah...dalam kapal terbang timbul satu lg masalah..tempat duduk kami bersebelahan antara ikhwah dan akhawat!!!..walaubagaimanapun ikhtilat(pergaulan lelaki dan perempuan) kene jaga.. akhirnye kami tukar tempat..selamat !_!
Setibanya saye di Phnom Penh, dpt dilihat senyuman di bibir anak-anak lepasan spm..^=^
sebelum kami pergi ke kampung keluarga angkat, kami dibawa meronda2 di bandar Phnom Penh..mcm2 yg kami jumpe..semua tak mengalihkan pandangan dr tingkap sampai ade yg menekapkan muka ke cermin bas..hehe..tiba-tiba suasana dalam bas jadi riuh-rendah..kami ternampak seekor 'lembu pendek' dipanggang secara terbuka di sebuah kedai makan di tepi jalan..eee geli tapi nak tergelakpun ade..
Perjalanan ke kampung keluarga angkat dr bandar mengambil masa 3 jam..semua terlena keletihan kecuali saye...!!('.')mane taknye bas yg kami naiki bukan main laju..menakutkan mcm nenunggang kuda dan kelajuannye mcm LRT..jalannye pulak byk rosak, berlubang -lubang dan sempit..fuhh..tak tenang dibuatnye..nak tercabut jantung..
Alhamdulillah..akhirnye kami sampai di kampung yg bernama Kg. Keh.Kemudian kami dibahagikan mengikut keluarga angkat masing2. Saya dijodohkan utk bersama Ema, Sakinah dan Anis. Setiba je di rumah, keadaan jadi riuh-rendah. Bayangkanlah, kami cakap bhs Melayu dan mereka cakap bhs Khmer iaitu bhs ibunda mereka.Jadilah macam ayam dgn itik bercakap..yg ni 'quack' yg tu 'toktok'..kan lain bunyinye..hahaha..kelakar betul..so mlm tu terpaksalah kami gune bhs isyarat..!!("_")
Dipendekkan cerita..setelah kami semua mengadakan syura, Luqman tlh dilantik menjadi penghulu dan Syifa sebagai penolongnye. Pelbagai program dirancang utk dijalankan di sana...antaranya (ziarah rumah org miskin, gotong-royong membersihkan kg, membuat perigi, sukaneka, sembelih lembu dan kambing, jamuan, lawatan ke pantai dan air terjun dan mcm2 lagilah..tiap-tiap mlm kami mengadakan kelas belajar bahasa Khmer di masjid. Seorang ustaz yg pernah belajar di Malaysia menjadi guru kami. Setiap malam suasana kelas mesti riuh.Ustaz tu sebut sekali, kami sebut 10 kali..ustaz tu cakap sepatah kami cakap sepuluh patah..hahaha.Tapi suasana tulah yg menjadikannya best dan tak dapat dilupakan. Perkataan pertama yg saya belajar ialah 'sousdai' iaitu 'hello'.
.Pada sebelah ptg tiap2 hari, kami mengisi masa dgn meronda-ronda kampung dgn menaiki basikal..kami menjelajah ke seluruh kampung..sawah, kebun, rumah orang semua kami redah..kanak-kanak Kemboja sgt baik dan peramah, Mereka sudi ikut kami dan bawa kami ke mana saje kami mahu termasuk adik saye yg bernama Majid. Dia berumur 12 tahun dan selalu menjadi usikan antara kawan2 serumah saye kerana dia handsome. Hai!! dia kecik lagilah..kanak-kanak tu bagaikan 'LASKAR PELANGI' yg sentiasa tersenyum dan tertawa walaupun pada masa yg sama hidup mereka tidaklah seindah syurga..mereka sentiasa bersyukur dgn apa yg ada kerana mereka yakin Allah Maha Mengetahui..ketika saya naik basikal di tgh2 sawah yg terbentang luas..hanya Allah saja yg tahu perasaan saya ketika itu..ia menjadi satu lg memori terindah dlm hidupku..kemudian kami dibawa ke sungai yg terletak di belakang kilang garam..kami sempat merasa menaiki perahu...sesekali perahu tu bergerak ke kiri dan ke kanan..sekali lg kanak2 tu dapat tgk free show kakak2 menjerit takut perahu terbalik..hahaha..buat malu je...
p/s: basikal = kang
Kami juga berkesempatan menaiki motor remuk 'chi remuk'.Motor remuk ni sebenarnye motor yg bisambungkan dgn gerabak besi kat belakangnye. Ia mampu menampung 30 org. hebatkan...konvo 2 buah moto remuk ke pantai dan air terjun merupakan pengalaman yg takkan ku lupakan. 
pada hari yg ketiga ikhwah mula menggali perigi. Akhawat pulak menziarahi org2 miskin di sana. Sementara menunggu ikhwah, kami dapat menikmati air kelapa muda yg fresh sambil menghayati keindahan sawah dan kebun kacang..sgt indah dan menenangkan..tiba2 ketenangan tu menjadi detik yg mencemaskan bila seorang ikhwah tercangkul kakinye sendiri!! daun2 herba semulajadi digunakan utk mengubati kakinya..keesokan harinya dia boleh naik basikal mcm biasa..hebat ciptaan Allah..
Di sana pasal makan kami tak perlu risau sbb keluarga angkat kami yg sediakan. Mereka sgt menghormati tetamu sehingga kami dihalang utk tolong di dapur..mcm2 masakan resepi yg tak pernah kami rasa tapi sedap..kadang-kadang habis 2 pinggan...badan pon naik..arghh..thom = gemuk 
Hari demi hari berlalu dgn pantas..hari yg ke 10 kami bertolak pulang ke tanah air. masing2 berasa berat utk tinggalkan Kemboja selepas 10 hari kami bersama. Sebelum naik ke atas bas, kami bergambar dan bersalaman dgn org2 Kemboja..titisan air mata menjadi bukti kemesraan kami..selamat tinggal KEMBOJA..!v v!
Dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami sempat tadabbur al-Quran dan diberi sedikit pengisian oleh Abg K di dlm bas. Pengalaman dan pengajaran yg kami dapat di Kemboja biimbas kembali dan dikongsi bersama...
Pukul 7 malam kami tiba di Malaysia...ramai yg menyambut kami termasuk rakan2 MH-I...
Sehingga hari ini pengalaman tu masih segar dalam ingatan dan takkan pudar utk selama-lamanye...R2K..







Wednesday 30 March 2011

MH-i???

MH-i...Malaysia Hari Ini???? bukanlah, sebenarnye MH-i ni stand for MADRASATUL HAYAH IKRAM yg bermaksud SEKOLAH KEHIDUPAN.Ha! gambar kat sebelah ni saye yg lukis..hehehe..hobi..MH-i ni adalah satu program yg dibuat khas utk anak2 muda lepasan spm anjuran IKRAM,JIM dan KARISMA. Tahun lepas kem ni dijalankan di Kem Ulu Tamu yg terletak berdekatan dgn Genting Highland. Alhamdulillah..tahun lepas saya dah join kem ni. BEST sangat..so saye nak share lah sikit pengalaman selama sebulan di kem tu..

Masa mula2 sampai dekat kem tu..haaa mmg terkejut 'beruk'..ingat ade shalet, tempat yg besar,cantik..tapi yg ade hanyalah 2 buah bangunan 2 tingkat, sebuah kantin dan tandasnye di luar.biliknye pulak mcm asrama..ade katil double dacker. mase tu fikiran saye bercelaru..saye mula rase tak seronok..rase nak balik pun ade mase tu..tapi duit dah bayar, takkan nak ambil balik, so saye kuatkan hati dan jadikan kekurangan tu sebagai satu cabaran.

Mase minggu pertama jadual tak padat.kebanyakan slot adalah utk membina ukhuwah fillah di kalangan para peserta..ade sesi taaruf, ukhuwah games dan mcm2 lg..sangkaan saye pada kem ni meleset sama sekali..sebaik sja program bermula saya terus dpt sesuaikan diri dgn persekitaran dan kwn2.Walaupun dtg dr latar belakang yg berlainan dan dr seluruh Malaysia, kami mcm dah lame kenal dan boleh bersembang mcm kawan biasa..mungkin itulah keistimewaan bersahabat kerana Allah dan kemanisan UKHUWAH FILLAH..walaupun kemudahan di kem ni byk kekurangannye, tapi atas kerja keras kakak2 dan abg2 fasi menjadikan kem ni best sangat..kem ni bukan hanya ajar kami ttg agama sahaja,kami juga diajar memasak, mengemas,menjahit,memancing,memanah dan lebih berdikari, bertanggungjawab serta lebih berkeyakinan di samping asas sebagai seorang islam diperkukuhkan.

Yang paling best dekat kem ni, Biah Solehah diterapkan sepanjang program dijalankan.Kami diajar dan dilatih utk menggunakan panggilan dlm Bahasa Arab krn ia adalah bhs syurga. contohnya ana, anti,antum serta akhawat utk perempuan dan ikhwah utk lelaki..mula2 terbelit jugak lidah nak menyebutnye sbb tak dibiasakan dari awal dan kadang2 tarlepas jugak guna bhs biasa..hehehe. Ha,,istimewanye kem di kami diarahkan utk masak sendiri. Sebelum ni saya tak pernah ikut kem yg suruh pesertanya masak, isy pelik..bukan masak biasa2 mcm dekat rumah tapi masak utk 100 org..WOW..tapi best mcm2 ragam masa masak.."ikut arahan ketua chef ye!!"..hehehe..mase kem ni jugaklah saye dpt jumpe Maher Zain secara live..mcm tak percaya..*o*

Selama sebulan di kem tu saya dpt jumpa pelbagai jenis manusia..yg saya kagum majoriti peserta adalah dari keluarga berada dan senang cakap budak bandar. Tapi diaorg tak macam sesetengah budak bandar  yg sombong dan memandang rendah terhadap org yg tinggal di kg.Sebaliknye diaorg peramah, baik,byk ilmu pengetahuan ttg islam dan hormat org lain.

Dipendekkan cerita, masuk minggu ke 2,3 dan 4 saya dpt tgk perubahan pada peserta MH-i. Yg pada mulanyya nakal, duduk paling belakang semasa slot utk tidur dan bersembang tetapi apabila masuk minggu ke 3 dia mula berubah..duduk paling depan, tumpukan perhatian dan sgt berminat utk menambah ilmu ttg islam..Alhamdulillah..

So..amacam?? nak join tak?? rugi sgt klu tak join proram mcm ni. kat situlah kita nak ambil pengalaman, tambah ilmu dan pelbagai kemahiran,tambah kawan..drpd duduk dekat rumah tak buat pape..sesiapa yg ade adik lepasan spm nanti suruhlah dia pergi..program ni dijalankan tiap2 tahun..kat sebelah ni ade gambar aktiviti yg kami jalani..tengoklah..^_^

Fuuuhhh!!!


Alhamdulillah..akhirnye siap jugak blog ni. sepanjang menyiapkan blog ni habis semua kerja rumah tergendala..hehehe...baju tak lipat, rumah bersepah, lantai tak sapu..isy,isy,isyy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...