Thursday 31 March 2011

rOaD to CaMbOdiA :)

pengalaman pengembaraan saya ke Tanah Besar Kemboja...R2K nama programnye iaitu ROAD to KEMBOJA. 
Sebenarnye saye bagi nama 'LASKAR PELANGI' utk post ni adalah sempena kanak-kanak di Kemboja.Nak tau kenapa..teruskanlah membaca....^_^
Program ni terbuka kpd peserta MH-i.Tiada paksaan..so ape lagi saye joinlah..maklumlah secara jujurnye kali pertama nak naik kapal terbang, sape tak nak..hehehe.. Kami menaiki kapal terbang AK272. Yang kelakarnye sebelum naik kapal terbang kami bergegas ke surau utk solat subuh sbb waktu subuh dah masuk..tiba-tiba pesawat yg akan kami naik dipanggil...ape lagi habis je solat kami semua berlari tanpa rasa malu..org ramai di lapangan terbang tu dpt lihat anak-anak muda melayu berlari-lari anak...hahaha takut kene tinggal. melepaslah...dalam kapal terbang timbul satu lg masalah..tempat duduk kami bersebelahan antara ikhwah dan akhawat!!!..walaubagaimanapun ikhtilat(pergaulan lelaki dan perempuan) kene jaga.. akhirnye kami tukar tempat..selamat !_!
Setibanya saye di Phnom Penh, dpt dilihat senyuman di bibir anak-anak lepasan spm..^=^
sebelum kami pergi ke kampung keluarga angkat, kami dibawa meronda2 di bandar Phnom Penh..mcm2 yg kami jumpe..semua tak mengalihkan pandangan dr tingkap sampai ade yg menekapkan muka ke cermin bas..hehe..tiba-tiba suasana dalam bas jadi riuh-rendah..kami ternampak seekor 'lembu pendek' dipanggang secara terbuka di sebuah kedai makan di tepi jalan..eee geli tapi nak tergelakpun ade..
Perjalanan ke kampung keluarga angkat dr bandar mengambil masa 3 jam..semua terlena keletihan kecuali saye...!!('.')mane taknye bas yg kami naiki bukan main laju..menakutkan mcm nenunggang kuda dan kelajuannye mcm LRT..jalannye pulak byk rosak, berlubang -lubang dan sempit..fuhh..tak tenang dibuatnye..nak tercabut jantung..
Alhamdulillah..akhirnye kami sampai di kampung yg bernama Kg. Keh.Kemudian kami dibahagikan mengikut keluarga angkat masing2. Saya dijodohkan utk bersama Ema, Sakinah dan Anis. Setiba je di rumah, keadaan jadi riuh-rendah. Bayangkanlah, kami cakap bhs Melayu dan mereka cakap bhs Khmer iaitu bhs ibunda mereka.Jadilah macam ayam dgn itik bercakap..yg ni 'quack' yg tu 'toktok'..kan lain bunyinye..hahaha..kelakar betul..so mlm tu terpaksalah kami gune bhs isyarat..!!("_")
Dipendekkan cerita..setelah kami semua mengadakan syura, Luqman tlh dilantik menjadi penghulu dan Syifa sebagai penolongnye. Pelbagai program dirancang utk dijalankan di sana...antaranya (ziarah rumah org miskin, gotong-royong membersihkan kg, membuat perigi, sukaneka, sembelih lembu dan kambing, jamuan, lawatan ke pantai dan air terjun dan mcm2 lagilah..tiap-tiap mlm kami mengadakan kelas belajar bahasa Khmer di masjid. Seorang ustaz yg pernah belajar di Malaysia menjadi guru kami. Setiap malam suasana kelas mesti riuh.Ustaz tu sebut sekali, kami sebut 10 kali..ustaz tu cakap sepatah kami cakap sepuluh patah..hahaha.Tapi suasana tulah yg menjadikannya best dan tak dapat dilupakan. Perkataan pertama yg saya belajar ialah 'sousdai' iaitu 'hello'.
.Pada sebelah ptg tiap2 hari, kami mengisi masa dgn meronda-ronda kampung dgn menaiki basikal..kami menjelajah ke seluruh kampung..sawah, kebun, rumah orang semua kami redah..kanak-kanak Kemboja sgt baik dan peramah, Mereka sudi ikut kami dan bawa kami ke mana saje kami mahu termasuk adik saye yg bernama Majid. Dia berumur 12 tahun dan selalu menjadi usikan antara kawan2 serumah saye kerana dia handsome. Hai!! dia kecik lagilah..kanak-kanak tu bagaikan 'LASKAR PELANGI' yg sentiasa tersenyum dan tertawa walaupun pada masa yg sama hidup mereka tidaklah seindah syurga..mereka sentiasa bersyukur dgn apa yg ada kerana mereka yakin Allah Maha Mengetahui..ketika saya naik basikal di tgh2 sawah yg terbentang luas..hanya Allah saja yg tahu perasaan saya ketika itu..ia menjadi satu lg memori terindah dlm hidupku..kemudian kami dibawa ke sungai yg terletak di belakang kilang garam..kami sempat merasa menaiki perahu...sesekali perahu tu bergerak ke kiri dan ke kanan..sekali lg kanak2 tu dapat tgk free show kakak2 menjerit takut perahu terbalik..hahaha..buat malu je...
p/s: basikal = kang
Kami juga berkesempatan menaiki motor remuk 'chi remuk'.Motor remuk ni sebenarnye motor yg bisambungkan dgn gerabak besi kat belakangnye. Ia mampu menampung 30 org. hebatkan...konvo 2 buah moto remuk ke pantai dan air terjun merupakan pengalaman yg takkan ku lupakan. 
pada hari yg ketiga ikhwah mula menggali perigi. Akhawat pulak menziarahi org2 miskin di sana. Sementara menunggu ikhwah, kami dapat menikmati air kelapa muda yg fresh sambil menghayati keindahan sawah dan kebun kacang..sgt indah dan menenangkan..tiba2 ketenangan tu menjadi detik yg mencemaskan bila seorang ikhwah tercangkul kakinye sendiri!! daun2 herba semulajadi digunakan utk mengubati kakinya..keesokan harinya dia boleh naik basikal mcm biasa..hebat ciptaan Allah..
Di sana pasal makan kami tak perlu risau sbb keluarga angkat kami yg sediakan. Mereka sgt menghormati tetamu sehingga kami dihalang utk tolong di dapur..mcm2 masakan resepi yg tak pernah kami rasa tapi sedap..kadang-kadang habis 2 pinggan...badan pon naik..arghh..thom = gemuk 
Hari demi hari berlalu dgn pantas..hari yg ke 10 kami bertolak pulang ke tanah air. masing2 berasa berat utk tinggalkan Kemboja selepas 10 hari kami bersama. Sebelum naik ke atas bas, kami bergambar dan bersalaman dgn org2 Kemboja..titisan air mata menjadi bukti kemesraan kami..selamat tinggal KEMBOJA..!v v!
Dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami sempat tadabbur al-Quran dan diberi sedikit pengisian oleh Abg K di dlm bas. Pengalaman dan pengajaran yg kami dapat di Kemboja biimbas kembali dan dikongsi bersama...
Pukul 7 malam kami tiba di Malaysia...ramai yg menyambut kami termasuk rakan2 MH-I...
Sehingga hari ini pengalaman tu masih segar dalam ingatan dan takkan pudar utk selama-lamanye...R2K..







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...