Tuesday 17 May 2011

khas buat sahabat..

Salam Sahabat, ceria*

Sekelumit coretan buat sahabatku NURUL WAJIHAH.
Bukan Luahan, Bukan juga Keluhan, Mungkin.. pelajaran utk
meniti hari-hari kehidupan kini dan akan datang.



Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri


Jangan Bersedih ..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi



Waji....
"Kadangkala Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat,
  kita menangis mencari di manakah matahari,
  rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."


hari-hari yg blalu pastinya bkn hanya mencorakkan warna-warna ceria utk kita.tak selamanya hari akan cerah..kadangkala mendung itu muncul..dan kadang-kadang pelangi juga mewarnai hidup...
semoga post ini dapat menghindarkan kita dari rasa bsedih dan rasa tertekan krn cabaran yg mdatang...
sebagai peringatan utk diri sendiri juga dan kpd semua sahabat2 yg sedang diuji, yg telah diuji & yg belum diuji..




Ya Allah, Engkau lindungilah sahabatku ini
Bekalkanlah dia dengan limpahan iman
Agar dia tabah menghadapi dugaan
Agar dia tidak berhenti di pertengahan
Kerana sesungguhnya janjiMu pasti
Amin...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...