Friday 14 October 2011

wanita..ibarat bunga..


Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.


...
❝BeRi haTiMu unTuk ALLAH,paSti ALLAH teMUkan peMiLik TerBaik, hamParkan MasaMU seluAsnya unTuk ALLAH, paSti ALLAH atuRkan seLuruh hiDupMu seBaikNya...❞

وَلاَ تُكْثِرُ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْب
“Janganlah kamu membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati” [Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG
pErTaMa…
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT…dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang…
kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR lAuTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn…
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
JaDi….
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..(“,)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...