Thursday 28 April 2011

~ Iman ~

Assalamualaikum...

Apa khabar iman di hati? Masih segar membugar atau layu kelesuan. Kalau rasa macam nak booster dose iman tu, baik cepat-cepat cari ubatnya. Agar penyakit tak cepat menular. Rasa seperti kena siram semula. Pergi usrah, hadiri program hujung minggu dengan sahabat2 tercinta memang mem'boost'kan iman. Membaja taqwa. Seperti ditarik semula ke landasan. Langkah yang diatur sebelum ini seperti tersasar dari garisan yang sepatutnya. Dibetulkan semula. Menyusun kembali langkah-langkah, bertatih. Bangun, untuk kembali berlari.

Seronokkan. Dapat berteman dengan mereka yang selalu mengingatkan kita. Menaikkan semula iman bila menurun grafnya. Menyuntik semangat yang sering naik dan turun.

Bestnya rasa nikmat hidup dalam tarbiyah. 

Pesanan ringkas :)
Sesiapa yang mahu merasai apa yang kami rasa ni, mari. Bersama kami. Berjalan, berlari bersama. Menuju Tuhan yang Esa.


~ ikut landasan yang betul ~


~ graf iman yg kadangkala turun naik ~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...