Monday 11 April 2011

WANITA OH WANITA !!!

Pandai-pandailah dikau menilai...
antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

Wahai sahabat2ku... Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yang tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja boleh memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rata Tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba-Nya untuk memetik di taman akhirat kelak.

Wahai kaum Hawa.... Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai 
wanita yang bermaruah. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh.
Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... 
Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Sahabatku, mereka ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadanag term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pada persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. 
Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yang lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. 

Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golongan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...